Kelas Bimbingan Amali DKM4 Koordinasi Seni Bela Diri 25 Ogos 2026

Kelas Bimbingan Amali DKM4 Koordinasi Seni Bela Diri

Petaling Jaya, 24 Ogos 2026 – Akademi Persilatan Sedunia (APS) telah menganjurkan Kelas Bimbingan Amali DKM4 Koordinasi Seni Bela Diri pada Isnin, 24 Ogos 2026, bertempat di Rumah YBK, Petaling Jaya, Selangor.

Kelas yang bermula pada jam 10.00 pagi ini dikendalikan di bawah bimbingan Tuan Mejar Abdurrahman, selaku Pegawai Pembimbing, bagi memperkukuh ilmu, disiplin, kemahiran dan jati diri dalam kalangan peserta.

Turut hadir dalam sesi tersebut ialah Dr. Mior, Dr. Ika, Dr. Helmi yang menyertai secara dalam talian, Kapt. Ahmad Farhan, Mohd. Asyraf, Prof. Dr. (hc) Mohd. Syukri, Prof. Dr. (hc) Ust. Abd. Razak dan En. Mohd. Sherhan Nizam.

Program ini menjadi platform pembelajaran dan bimbingan secara lebih tersusun, selaras dengan usaha APS memperkasa ilmu seni bela diri serta membangunkan insan yang berilmu, berdisiplin dan beradab.