We are dedicated to providing high-quality educational and support services for individuals seeking to develop relevant skills through the PPA-PPT program pathway under the Department of Skills Development (JPK), Ministry of Human Resources Malaysia. Our programs empower learners to enhance their career knowledge and prepare for professional roles, including as certified instructors in the field of martial arts.
Through structured training and exposure to the latest practical knowledge, we help participants explore new career opportunities while meeting the demands of professional career development.
At the heart of our mission is a commitment to nurturing skill growth in a supportive environment built on compassion, harmony, and mutual respect. We believe that success is achieved not only through technical excellence but also through strong moral values and a culture of empathy.
We strive to inspire, guide, and equip every learner to reach their fullest potential— ensuring that their journey toward success is accomplished with integrity and distinction.
Unlock your potential with a curriculum designed to inspire excellence and competitiveness. Our program is crafted with precision and delivered by seasoned martial arts professionals, bringing together expertise in training, coordination, and management.
Through dynamic teaching methods and industry-driven standards, we ensure that every learner gain not only technical mastery but also leadership and organizational skills essential for success in the martial arts field.
Strengthen your journey with nationally recognized certification under the Malaysian Skills Certification (MSC) framework, aligned with the Technical and Vocational Education and Training (TVET) system. This accreditation guarantees that your skills are validated, respected, and ready to meet both local and global demands.
Pusat Latihan Seni Bela Diri Bertauliah dan Bertauliah Akreditasi (PPA-PPT)
Program TVET MSC merupakan inisiatif pembangunan modal insan yang memberi tumpuan kepada pengiktirafan dan pembangunan kompetensi dalam bidang seni bela diri melalui laluan Pusat Bertauliah (PB) dan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia Malaysia.
Program ini dirangka bagi melahirkan tenaga mahir yang kompeten, profesional dan berdaya saing melalui pelaksanaan latihan berasaskan National Occupational Skills Standard (NOSS). Peserta diberikan peluang meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta kompetensi bagi memenuhi keperluan industri dan pembangunan kerjaya dalam bidang kejurulatihan serta pengurusan seni bela diri.
Pelaksanaan program menekankan pendekatan pembelajaran yang sistematik, latihan praktikal serta penilaian berasaskan kompetensi bagi memastikan setiap peserta memenuhi standard kemahiran yang ditetapkan di peringkat kebangsaan.
Selaras dengan aspirasi TVET negara, program ini turut menerapkan nilai profesionalisme, integriti, kepimpinan, disiplin serta pembentukan sahsiah sebagai asas kepada pembangunan tenaga kerja yang berkualiti, beretika dan mampu menyumbang kepada pembangunan negara.
PENSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA (MSC)
Bidang Seni Bela Diri Berasaskan NOSS
Pensijilan Kemahiran Malaysia (MSC) dalam bidang Seni Bela Diri berasaskan National Occupational Skills Standard (NOSS) menyediakan laluan pengiktirafan kemahiran yang sistematik kepada individu yang berpengalaman atau sedang berkecimpung dalam bidang seni bela diri.
Kurikulum latihan dibangunkan mengikut standard kompetensi yang ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran bagi memastikan peserta menguasai pengetahuan, kemahiran teknikal, kemahiran insaniah serta kompetensi profesional yang memenuhi kehendak industri.
Proses latihan dan penilaian dilaksanakan oleh tenaga pengajar yang berkelayakan serta berpengalaman dalam bidang latihan, penyeliaan dan pengurusan seni bela diri, sejajar dengan keperluan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia.
Pensijilan yang dianugerahkan memberi pengiktirafan rasmi terhadap kompetensi individu serta meningkatkan kebolehpasaran, mobiliti kerjaya dan peluang pembangunan profesional di peringkat nasional dan antarabangsa. Melalui ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), program ini menyokong agenda negara dalam melahirkan tenaga kerja mahir, berintegriti dan berdaya saing selaras dengan keperluan industri semasa.
PENGIKTIRAFAN JURULATIH SILAT MELALUI PPT (PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU)
✅ Terbuka kepada jurulatih silat yang mempunyai pengalaman mengajar sekurang-kurangnya 3 tahun.
✅ Membantu jurulatih memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) atau Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT).
✅ Peserta akan dibimbing dalam:
✅ Kelebihan:
Yuran Bimbingan:
Lokasi:
Hotel Tun Fatimah Riverside, Kampung Jawa, 75100 Melaka.
Anjuran:
Akademi Persilatan Sedunia (APS).
SKM & DKM Kini Diiktiraf ke Perkhidmatan Awam
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) kini membuka lebih banyak peluang kerjaya dalam sektor awam. Melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) 2024, kelayakan kemahiran diiktiraf bagi membolehkan pemegang SKM memohon 57 skim perkhidmatan Gred 1, manakala pemegang DKM layak memohon 13 skim perkhidmatan Gred 5.
Pengiktirafan ini membuktikan bahawa laluan TVET dan kemahiran adalah setanding serta menjadi pilihan terbaik untuk membina kerjaya profesional dan menyumbang kepada pembangunan negara.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim atas sokongan dan komitmen terhadap pembangunan TVET Martial Arts Malaysia.
Lawatan rasmi ke Booth TVET Martial Arts – ISG Malaysia sempena Hari TVET Negara 2026 menjadi satu pengiktirafan yang amat bermakna dalam usaha memartabatkan TVET dan Seni Bela Diri sebagai bidang pembangunan kemahiran negara.
Semoga usaha ini terus berkembang demi melahirkan modal insan yang berkemahiran, berdisiplin dan berdaya saing.