Akademi Persilatan Sedunia, Falsafah dan Sains Jagat [APS] telah ditubuhkan pada tahun 2018 untuk MENGIKTIRAF dan MENGHARGAI bakat, kearifan karya seni tempatan, sumbangan, usaha, dedikasi, dan pencapaian (kearifan) peribadi setiap pengamal-pengamal seni beladiri khususnya Kearifan karya seni Persilatan Melayu dengan perjuangan mempertahankan seni budaya melalui pengalaman “menurusi” masa sepanjang hayat mereka.
A.P.S menyediakan program pengajian Ijazah luar yang unik dan tersendiri di lapangan, kajian falsafah dan seni budaya dari pelbagai cabang aliran perguruan persilatan dan Etno-Sains Persilatan terhadap rencam keunikan Ilmu seni Bela Diri dunia Persilatan Melayu oleh pengamal-pengamalnya.
Akademi Persilatan Sedunia, Falsafah dan Sains Jagat [A.P.S] akan mengangkat pengiktirafan dan penganugerahan kepada penuntut serta pengamal-pengamal dari pelbagai perguruan persilatan mengikut Kategori Anugerah Darjah Kehormat terdiri dari Anugerah Cancelor [AC], Anugerah Khas Darjah Persilatan Sedunia [AKD], Anugerah Ijazah Doktor Kehormat [IDK] dan seterusnya Kategori Program Pengajian Persilatan dari peringkat Sijil Professional, Diploma Etno-Sains Persilatan, Ijazah Sarjana Muda Persilatan, Sarjana Persilatan Melayu, Doktor Persilatan dan seterusnya Darjah Profesor Persilatan.
Kategori Anugerah darjah Kehormat, ditawar serta diberikan kepada kalangan individu dan pemimpin yang dinilai ketokohan kepimpinan mereka dengan pencapaian baik disemua peringkat dengan kecemerlangan (kearifan) peribadi, sumbangan kepada nilai-nilai kemanusiaan, keamanan dan pendidikan. Calon juga dinilai kepada bakat serta kearifan karya seni tempatan, pengalaman peribadi mempamerkan usaha berterusan serta ketekunan sepanjang hayat, mengamalkan nilai-nilai budaya serta prinsip persilatan sejagat, kegigihan mengharungi cabaran masa serta kekal bertahan dalam dunia Persilatan dalam tempoh yang panjang.
Akademi Persilatan Sedunia, Falsafah dan Sains Jagat [A.P.S] akan terus berusaha MENGIKTIRAF kearifan karya seni tempatan para pengamal seni bela diri pelbagai aliran Persilatan Melayu dari seluruh dunia atas dedikasi mereka mengekal dan terus mengamalkan budaya persilatan sepanjang hayat bertahan menurusi masa yang wajar diberi penghargaan agar boleh dicontohi generasi masa depan.
Akademi Persilatan Sedunja, Falsafah dan Sains Jagat [A.P.S] telah mengolah, mengkaji dan "mereka-cipta" program pengajian Ijazah luar yang "Unik" dan bersesuaian untuk warga persilatan seluruhnya, khusus kepada pengamal persilatan sepenuh masa atau separuh masa iaitu kalangan mereka yang berkerjaya/ bekerja namun memilih menjadikan aktiviti mengajar ilmu seni beladiri Persilatan Melayu sebagai "kerjaya kedua" mereka. Unik dalam pendekatannya, akademi persilatan Sedunia [A.P.S] berusaha menyepadukan pemikiran seni beladiri dari aliran Timur dan Barat dalam program-program sarjananya.
Setiap satu daripada program ijazah Akademi Persilatan Sedunia, Falsafah dan Sains Jagat [A.P.S] merupakan kursus Ijazah bersifat pengajian terbuka, bebas dan di luar bilik kuliah, berbeza dari sistem pengajian konvensional Universiti semasa. Ini bermakna Para graduan/pelajar tidak perlu secara fizikal menghadiri kelas kuliah di Akademi. Pelajar boleh menetapkan matlamat mereka sendiri dan keperluan kursus lengkap dalam keselesaan sama ada dirumah mereka sendiri, pejabat atau kawasan (lapangan) kajian peribadi secara bebas. Kerja kursus yang lengkap akan dikemukakan dan dihantar kepada SENAT dan administrasi A.P.S seterusnya untuk dinilai.
Akademi (A.P.S) mengalakkan graduan/pelajar mengunakan program kajian bebas ini untuk ‘mengolah-bentuk’ pengajian kursus masing-masing dengan menggabungkan matlamat dan pengalaman hidup mereka dalam program ijazah ini.
SENAT A.P.S telah membangunkan sistem akreditasi dan kurikulumnya yang unik dan tersendiri. Ijazah yang diberi adalah berdasarkan kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Majlis Senat APS.
Program A.P.S juga menawarkan Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah. Program-program yang direka A.P.S tidak seperti program akademik yang dijayakan dari universiti konvensional yang lain. Akademi Persilatan Sedunia (A.P.S) menggunakan program unik dan tersendiri adalah untuk menunjukkan "Status Professional" dalam komuniti pengamal Ilmu persilatan tradisi serta ahli-ahli Pencak Silat dan Seni Silat, merangkumi warga Persilatan seluruh dunia.
APS mengalu-alukan penyertaan dari kalangan mereka yang menunjukkan komitmen yang ikhlas untuk melengkapkan pendidikan 'post-secondary' mereka dalam dunia seni mempertahankan diri alam persilatan Melayu melalui program pengajian yang direka khas ini.
Malah, Pengajian di Akademi Persilatan Sedunia, Falsafah dan Sains Jagat [A.P.S] adalah bebas dan terbuka kepada semua pengamal pelbagai aliran perguruan persilatan melayu dan tidak mendiskriminasi mana-mana pihak atas dasar bangsa, warna kulit, negara asal, agama, Gender/ jantina atau kecacatan upaya jasmani mereka, maka ini dinyatakan dengan jelas dalam mana-mana polisi, prosedur atau amalan pengurusan di Akademi ini.
Semoga kita dan seluruh warga Persilatan Melayu terus melangkah dengan penuh yakin, kekalkan nilai Jati Diri bangsa dan terus maju dan berjaya.!! Insyaallah
Prof Dr Sheikh Shamsuddin TS SM Salim Seranta & Duta APS USA & Eropah
Prof Dr Supyan Hussin Ketua Jab. Pengurusan Akademik
Prof Dr Kamari KasanTVET & Pemasaran
Prof Dr Hj Mohd Anuar Abdul Hamid Ketua Jab. Penyelidikan
Prof Dr Sheikh Shamsul TS Sheikh Salim Seranta & Pemasaran
Prof Dr Rosman Ismail Penyeliaan Pelajar, Peperiksaan & Pengijazahan
Prof Dr Iskandar Muda Abd Jalil Rais (Pendekar Temasek) Pemasaran & Duta APS - Singapura
Prof Dr Mohd Shafary Othman Modul Baru Bidang Herba dan Kesihatan
Cik Puan Siti Zubaidah Sheikh Hussin Daftar Karya Intelek
Dr Khaizatul Zaika Ahmad Zaid Pengurusan & Pentadbiran
Prof Dr Supyan Hussin Pengurusan Akademik
Prof Dr Hj Mohd Anuar Hj Abdul Hamid Penyelidikan