Please send the form to:
T h e World Academy of Silat
Reg: 2 0 1 8 0 1 0 0 4 5 9 5 ( 1 2 6 6 6 0 9 - A)
Dir. of Admission:
Dr. Mior BadrulHisham
+6018 225 9508,
dr.bhmeor@gmail.com
aps@silatdunia.com
T h e World Academy of Silat
Reg: 2 0 1 8 0 1 0 0 4 5 9 5 ( 1 2 6 6 6 0 9 - A)
Dir. of Admission:
Dr. Mior BadrulHisham
+6018 225 9508,
dr.bhmeor@gmail.com
aps@silatdunia.com
Prof. Dr. Hj Mohamad Nasir Hj Saludin
+6019 225 5117
B-1-2 (First Floor), Block B no.8, Jalan PJU 1A / 20A, Dataran Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan, Malaysia
SIJIL PROFESIONAL PERSILATAN: Terbuka kepada semua pesilat dan calon haruslah berumur 18 tahun dan ke atas. Jumlah minima kredit jam masa latihan yang diperlukan ialah 480 jam. Keperluan bahagian bawah terdiri daripada 60 unit kredit pendidikan am. Keperluan bahagian yang lebih rendah boleh diperolehi melalui kursus tematik pengajian am luar di Akademi Persilatan Sedunia, Falsafah dan Sains Jagat [APS]) atau melalui sokongan serta pengesahan pengetua /guru latihan /pemimpin organisasi atau sekolah aliran perguruan persilatan
DIPLOMA EKSEKUTIF PERSILATAN : Jumlah unit yang diperlukan bagi Diploma Persilatan ialah 120 atau Jumlah minima kredit jam masa latihan 480 jam. Keperluan bahagian bawah terdiri daripada 60 unit kredit pendidikan am. Keperluan bahagian yang lebih rendah boleh diperolehi melalui kursus tematik pengajian am luar di Akademi Persilatan Sedunia, Falsafah dan Sains[APS] atau pemegang tali pinggang tahap pengajar/pelatih perguruan dan melalui sokongan serta pengesahan pengetua /guru latihan /pemimpin organisasi atau sekolah aliran perguruan persilatan.
IJAZAH SARJANA MUDA PERSILATAN :Program ditawarkan kepada calon Individu bertaraf pengajar / Guru / Adiguru Seni mempertahankan diri Persilatan melayu (Silat Tradisi / Asli ) sepenuh masa dari mana-mana gaya/sistem dengan memegang tingkatan atau pangkat Tali Pinggang Hitam Kelas-2 [Dan/Ijazah/cula] hingga untuk pemegang Tali Pinggang Hitam Kelas3 [Dan/Ijazah/Cula] dengan latihan aktif selama 6 hingga 9 tahun juga boleh dipertimbangkan.
IJAZAH SARJANA PERSILATAN : Calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera atau Ijazah Sarjana Muda Sains, atau setaraf dari mana-mana IPT atau Ijazah Sarjana Muda Persilatan dari Akademi Persilatan Sedunia, Falsafah dan Sains [APS]. Jumlah unit yang diperlukan ialah 30 unit bahagian atasan atau ditambah dengan penyiapan tesis Sarjana bertulis (10 unit) pada topik yang diluluskan Senat APS. Manakala calon dari kalangan Guru / Jurulatih (Pengajar) Seni Mempertahankan Diri (Silat Tradisi) sepenuh masa dari mana-mana gaya/sistem dengan memegang tingkatan pangkat tali pinggang hitam Dan/Ijazah ke-4 hingga Tali pinggang Hitam Dan/Ijazah ke-6 dengan latihan aktif 10-19 tahun juga boleh dipertimbangkan.
IJAZAH DOKTOR PERSILATAN : Calon mesti memiliki Ijazah Sarjana Persilatan, atau setaraf (Ijazah Sarjana Muda Seni/Sastera dari mana-mana IPT). Jumlah unit yang diperlukan ialah 30 unit bahagian atasan atau atau Jumlah minima 480 jam latihan atau 480 unit mata kredit (I jam latihan bersamaan 1unit mata Kredit). Menyediakan tesis penulisan 30 halaman (10 unit) pada topik yang diluluskan Senat APS. Manakala calon dari kalangan Guru / Jurulatih (Pengajar) Seni Mempertahankan Diri (Silat Tradisi) sepenuh masa dari mana-mana gaya/sistem dengan memegang tingkatan pangkat tali pinggang hitam Dan/Ijazah ke-4 hingga Tali pinggang Hitam Dan/Ijazah ke-6 dengan latihan aktif lebih 25 tahun juga boleh dipertimbangkan.
IJAZAH DOKTOR FALSAFAH PERSILATAN : Calon mesti memiliki Ijazah Doktor Persilatan atau setaraf (Ijazah Doktor Seni Beladiri dari mana-mana institut akademia). Jumlah unit yang diperlukan ialah 30 unit bahagian atasan ditambah dengan penyiapan tesis penulisan 30 halaman (10 unit) pada topik yang diluluskan Senat APS. Manakala calon dari kalangan Guru / Jurulatih (Pengajar) Seni Mempertahankan Diri (Silat Tradisi) sepenuh masa dari mana-mana gaya/sistem dengan memegang tingkatan pangkat tali pinggang hitam Dan/Ijazah ke-4 hingga Tali pinggang Hitam Dan/Ijazah ke-6 dengan latihan aktif lebih 30 tahun juga boleh dipertimbangkan.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut e-mel kepada kami di: Email: aps@silatdunia.com