KEMBALI KE RAHMATULLAH GURULATIH GAYONG 10 September 2026

UCAPAN TAKZIAH

KEMBALI KE RAHMATULLAH GURULATIH GAYONG

إنا لله وإنا إليه راجعون

Dengan penuh dukacita, Warga Silat Gayong ingin memaklumkan bahawa Cikgu Mohd Shahmi bin Saparuddin, Gurulatih Silat Seni Gayong, telah kembali ke rahmatullah pada 10 September 2026, bersamaan malam Jumaat.

Sehubungan dengan itu, seluruh Warga Silat Gayong merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham atas pemergian insan yang telah menyumbang kepada perkembangan dan perjuangan Silat Seni Gayong.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, menerima segala amal kebajikan, melapangkan serta menerangi kuburnya, dan mencucuri rahmat ke atas rohnya.

اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه

Semoga Allah SWT menempatkan Allahyarham bersama para solihin dan orang-orang yang beriman serta dikurniakan sebaik-baik tempat di sisi-Nya.

Al-Fatihah.

Ikhlas daripada
Warga Silat Gayong