Pulau Pinang, 15–16 Ogos 2026 – Akademi SSG Pulau Pinang telah menganjurkan Ujian Kenaikan Bengkung selama dua hari, iaitu pada Sabtu, 15 Ogos 2026 dan Ahad, 16 Ogos 2026.
Ujian yang berlangsung dalam empat sesi itu melibatkan gelanggang, SMKAP Al-Mashoor dan SMKPSM, dengan penyertaan seramai 569 peserta.
Ujian ini turut melibatkan empat orang penguji dari Kelantan yang menjalankan penilaian terhadap para peserta berdasarkan tahap dan kemahiran yang ditetapkan.
Penganjuran ujian ini mencerminkan komitmen Akademi SSG Pulau Pinang dalam memastikan perkembangan kemahiran, disiplin serta tahap penguasaan seni silat dalam kalangan pesilat dilaksanakan secara tersusun dan berterusan.