KURSUS PEMBANTU JURULATIH SILAT 1 Ogos 2026

Satu program Kursus Pembantu Jurulatih telah dilaksanakan dengan kerjasama Singa Malaya Training Center, melibatkan penyertaan dan sokongan daripada barisan tokoh serta penggiat seni mempertahankan diri.

Program ini turut mendapat perhatian Dato’ Paduka Hajjah Siti Fadzillah binti Dato’ Meor Abdul Rahman, Waris Mutlak Mahaguru Silat Seni Gayong, serta Dr. Rosman bin Ismail, M.D.(C.V.T.) P.J.K., Singa Malaya dan Waris Beradat merangkap Senat Akademi Persilatan Sedunia.

Kursus ini bertujuan memperkukuh pengetahuan, kemahiran dan kompetensi peserta dalam bidang kejurulatihan silat, di samping melahirkan barisan pembantu jurulatih yang berdisiplin, berwibawa dan mampu menyokong pembangunan seni persilatan secara lebih sistematik.