Pengenalan

Pengenalan

Akademi Persilatan Sedunia, Falsafah dan Sains Jagat (APS) ditubuhkan pada tahun 2018 sebagai sebuah institusi yang bertujuan mengiktiraf dan menghargai bakat, kearifan, sumbangan, dedikasi serta pencapaian pengamal seni bela diri, khususnya dalam bidang Persilatan Melayu. APS memberi penekanan kepada pemeliharaan warisan budaya, falsafah, ilmu persilatan dan pengalaman sepanjang hayat para pengamalnya.

APS menyediakan program pengajian unik berasaskan kajian falsafah, seni budaya dan Etno-Sains Persilatan yang menggabungkan pengalaman praktikal serta pengetahuan pelbagai aliran perguruan persilatan. Program ini merangkumi laluan pendidikan daripada Sijil Profesional, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Persilatan hingga Darjah Profesor Persilatan.

Selain program akademik, APS turut menawarkan anugerah kehormat seperti Anugerah Canselor, Anugerah Khas Darjah Persilatan Sedunia dan Ijazah Doktor Kehormat kepada individu yang menunjukkan kepimpinan, sumbangan kemanusiaan, pencapaian, ketokohan serta komitmen berterusan dalam pembangunan seni bela diri.

Pendekatan APS adalah berasaskan pengajian terbuka, fleksibel dan berorientasikan lapangan, membolehkan pelajar mengembangkan kajian berdasarkan pengalaman, kepakaran dan matlamat peribadi tanpa bergantung sepenuhnya kepada sistem pembelajaran konvensional. Sistem akreditasi dan kurikulum APS dibangunkan oleh Senat APS berdasarkan kriteria penilaian yang ditetapkan.

APS menggabungkan pemikiran seni bela diri Timur dan Barat serta memberi ruang kepada pengamal persilatan seluruh dunia untuk memperkukuh ilmu, profesionalisme dan identiti budaya. Program ini terbuka kepada semua tanpa diskriminasi, dengan matlamat melahirkan warga persilatan yang berilmu, berintegriti dan mampu meneruskan warisan Persilatan Melayu kepada generasi akan datang.

Important Documents