Konvokesyen

Prof. Dr. Mohamad Nasir Saludin

Assalamualaikum, SALAM PERSILATAN. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana atas limpah kurnia-Nya, kita berkesempatan untuk bersama-sama dalam majlis tradisi Istiadat Konvokesyen kali-2 yang amat bermakna dan bersejarah dengan penganugerahan ijazah, diploma serta Sijil Professional Persilatan Sedunia kepada para graduan. Akademi ini adalah platform atau Institut dan tempat untuk mencambah ilmu serta mengangkat pengiktirafan bakat, kearifan tempatan serta karya-karya seni persilatan dari kepelbagaian kaedah aliran perguruan persilatan di-alam Melayu nusantara dan dunia. Ianya dibangunkan hasil daripada keperluan, tuntutan sosial dan ekonomi warga persilatan bangsa dan rumpun nya. Demikianlah, apabila Akademi Persilatan Sedunia [A.P.S] ini digerakkan pada Februari 2018 - ketika itu sebagai cabang World Academy Martial Arts Philosophy and Science [WAMAPS] -'Institut kecil' seni beladiri persilatan Melayu mula menjengah ke luar lingkungan dunia sempit pada masa itu untuk memperlihat asasnya kepada usaha mengangkat bakat serta karya seni kearifan tempatan melalui pengiktirafan akademia persilatan serantau dan dunia. Istiadat konvokesyen ini adalah menifestasi kejayaan dan pengiktirafan tradisi keilmuan dunia Persilatan yang kita dokong selama ini.

Para Pengasas, Pemilik karya, Guru utama, Adiguru, Pendeta, Gurulatih, Jurulatih serta graduan pesilat yang diraikan pada Istiadat Konvokesyen kali ini, merupakan hasil daripada kecintaan setiap warga persilatan kepada warisan serta tradisi pengajian ilmu leluhur seni pertahanan diri, seni beladiri serta keutuhan jati diri bangsa disokong dengan wawasan yang jelas, niat yang tulus ikhlas,doa, dan tawakkal serta sabar. Konvokesyen bukanlah majlis yang mengakhiri tanggungjawab insan untuk belajar. la hanyalah sekadar satu majlis ritual yang diadakan untuk meraikan mereka-mereka berhak di iktiraf kedudukan-nya dan mereka yang berjaya menyempurnakan satu peringkat pengajian tertentu. Apa yang lebih penting adalah usaha dan iltizam ahli-ahli persilatan agar berupaya memanfaatkan maklumat, pengetahuan serta pengalaman dalam lapangan perguruan masing-masing untuk diterjemahkan menjadi ilmu bermanafaat yang pasti membawa kesejahteraan kepada masyarakat seluruhnya. Pada Istiadat kali ini, Akademi Persilatan Sedunia berbesar hati untuk menghargai sumbangan dan jasa bakti yang telah ditaburkan oleh tokoh-tokoh seperti Almarhum Dato Mahaguru Meor Abdul Rahman Bin Daeng Uda Mohd Hashim yang merupakan pencipta dan pengasas Perguruan Silat Seni Gayong yang terbesar di Malaysia serta Allahyarham Pendekar Negara Tan Sri Omardin Bin Mauju, pengasas Perguruan Seni Silat Lincah Malaysia.

Dengan pemasyuran pengurniaan gelaran PROFESOR PERSILATAN SEDUNIA (Recipients of the Title of Professor - World Silat). Penganugerahan ini adalah pengiktirafan tertinggi yang diberikan oleh Akademi Persilatan Sedunia [A.P.S] kepada tokoh-tokoh dan figura Persilatan di negara ini. Syabas diucapkan kepada hadirin semua, para graduan, ibubapa, pecinta warisan persilatan serta generasi pesilat atas usaha, sumbangan, dan pengorbanan yang dicurahkan demi untuk memartabatkan budaya Persilatan, menjunjung keharmonian bangsa serta keamanan dunia.

Read More