Mesyuarat telah diadakan pada 1 Jun 2026 di Seremban. Agenda utama mesyuarat, di samping menyemak hala tuju akademi, adalah untuk mengstruktur dan memperkasakan program akademik seni mempertahankan diri, memperkukuhkan sumber dana, serta merancang penganjuran persidangan antarabangsa. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Datin Dr. (HC) Hajah Hartini Osman, Naib Canselor APS.
Mesyuarat turut menyarankan agar laman sesawang APS dioptimumkan sebagai platform penyebaran maklumat yang mesra pengguna dan mudah diakses oleh mana-mana pihak yang berminat untuk mengikuti serta menyertai program-program yang dianjurkan.