PMX iktiraf TVET Martial Art

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, atas sokongan dan komitmen berterusan terhadap pembangunan TVET Martial Art Malaysia sebagai salah satu agenda strategik pembangunan modal insan negara.

Lawatan rasmi beliau ke Booth TVET Martial Art – ISG Malaysia sempena Hari TVET Negara 2026 merupakan satu pengiktirafan yang signifikan terhadap usaha memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam bidang seni bela diri. Pengiktirafan tersebut mencerminkan keyakinan kerajaan terhadap potensi seni bela diri sebagai bidang yang mampu menyumbang kepada pembangunan kemahiran, pembentukan sahsiah, serta peningkatan daya saing tenaga kerja negara.

Sehubungan itu, diharapkan inisiatif ini akan terus diperkukuhkan melalui kerjasama strategik antara kerajaan, institusi latihan, industri dan semua pihak berkepentingan bagi melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi, berdisiplin, berintegriti serta mampu memenuhi keperluan pembangunan negara dan persaingan di peringkat global.